sahabat

Sunday, 4 December 2011

luahan hati

hai readers(adakah readers?)
ok aku cuma mau mengadu dengan kamu yang aku ni tengah demam.eh, bukan.bukan demam, tapi aku mengalami batuk yang agak teruk.hmm....memang teruk sebab sudah seminggu macam ni.dan baru hari ni timbul kesedaran ku untuk berjumpa dengan doktor. doktor bagitau yang asthma ku muncul kembali setelah bertahun 'ia' tidur.
aku perasan, aku batuk2 ni semenjak aku pindah masuk rumah baru.aku rasa sebab aliran udara yang tidak sempurna buat aku sakit.hmm...mungkin aku perlu pindah lagi?tapi apa alasan yang munasabah  dengan hsemate ku?




isihati:duit lagi.....


Tahniah sayang....

Menongkat dagu.
tegak.
depan komputer.
dalam pejabat.
sesekali mata melirik sekeliling.
pastikan line clear.
jari pantas menekan papan qwerty
menekan-nekan website yang dilarang pada waktu bekerja  itu
sambil diselang selikan dengan paparan word, excel dan yang seangkatan
pura- pura sibuk
khusyuk yang dibuat-buat.

Masih menongkat dagu.
sambil jari mengetuk meja kali ini.
melirik  seketika pada telefon tangan
kau sunyi hari ini telefon
aku rindu kau berbunyi nyaring seperti kemarin-kemarin.

Terasa sakit menyengat di bahu kanan ku
pantas ku toleh.
rakan sebelah mengenyitkan mata
selepas dia berjaya sedarkan aku dari lamunan
dengan tumbukan tinjunya itu
"hoi! ndak mau pulang ka?jam 5 sudah!"

Cepatnya masa berlalu!
setelah aku sedar, kerja ku hari ini cuma menongkat dagu di depan komputer
Sial!!!ku matikan komputer dengan sekali tekan pada suis utama
lalu ku rembat beg dan melangkah lesu ke arah pintu....
tahniah sayang!!kau berjaya buat aku tiada daya hari ini.






isihati: aku rindu kamu seperti burung pungguk rindukan bulan.mustahil bukan?