sahabat

Saturday, 15 October 2011

i'm moving out.thats it!!

Ceh!tajuk, macam taik hebat ja. ya hari ni saya telah dipaksa oleh seseorang yang pegang kunci hati saya untuk mempacking apa yang patut untuk persediaan pindah rumah banglo sewa yang baru. so, this week is tiring week for me.
1st packing untuk pindah keluar dari hell rumah lama.
2nd packing untuk balik kampung.
3rd perah otak untuk cari lori/kereta sewa untuk angkut semua barang2 antik saya ni.
4th perah otak lagi untuk mengarang ayat yang baik punya untuk bagi tahu kawan saya yang saya tak jadi pindah ke rumahnya(hari tu janji mau stay sama2 dgn dia).
5th pun kena pakai mental juga.mau fikir macam mana mau bagitau hsemate saya ni yang saya mau pindah duduk rumah banglo, eh rumah sewa baru.
kalau tahun depan maybe ok la dia boleh terima. tapi next month!harap2 dia tidak marah dalam diam dengan saya. tu kelemahan saya.tidak suka orang pendam jika ada masalah yang bersangkut paut dengan saya.

Setakat ni ada 5 kotak stengah dalam bilik.5 kotak sudah selamat di kunci dengan mangga besi selotep. yang stengah tadi tu masih ternganga tunggu saya tikam barang masuk dalam(tikam is = baling/umban). tapi terpaksa di tangguh dulu sebab badan saya bukan robot. sekarang ni sedang beristirehat sambil berfb dan langsung ambil kesempatan untuk update blog.(idea sedang mencurah beb!)

Aku [part1]

Selamat datang pelangi
wajahmu sangat ceria berseri
hadirmu segarkan mata si pemerhati
banyak yang suka kamu pelangi
maaf aku tidak seperti mereka
yang selalu memujamu
sebab aku tamak
aku mau sesuatu yang kekal
bukan macam kau pelangi
hadirmu hanya seketika
terang memancar lalu hilang
memudar mengikut angin





hati kecil:adakahyangkekal?

Dia [part1]

Kadang-kadang dia lah paling hodoh
tapi selalunya nampak elok saja

kadangkala.....Ya Tuhan, apa bodoh sangat dia tu?
tapi yang kerap dia lah paling bijak mengusai masalah itu
geram dengan dia tidak terkata
tapi sayang kasih untuknya lebih tinggi dari atmosfera
Ya Tuhan, walaupun menongkah arus...tapi
sedikit peluang sudah cukup untuk aku memiliki dia
terima kasih sebab temukan aku dengan dia
aku sayang dia sebab kekurangannya
kerana dalam kekurangan itu tersembunyi kelebihannya
terima kasih kerana sampai saat ini
kau masih genggam erat tanganku.

Selagi hidup jangan mau kedekut

gambar ihsan dari google


kedekut ilmu
kedekut wang
kedekut kasih sayang
kedekut ruang
kedekut masa


ingat dunia kau yang punya?
taukah kau inilah ruang pentas sebesar alam
sekali malaikat maut menjenguk
tiada masa untuk kau kedekut
saranan untuk kau insan
selagi hidup di pentas alam
jangan kau cuba bersikap kedekut